top of page
Cari
Writer's pictureFaisal Abu Hassan

Yang Mana Lebih Baik?


Ada orang berbelanja besar untuk sebuah majlis walimah, hingga ada yang buat pinjaman bank. Namun majlis memang meriah dirai ramai tetamu. Ada pula yang sedikit belanjanya, tidak ramai yang dijemput dan berlangsung sederhana dengan kehadiran hanya dikalangan sanak saudara. Yang manakah lebih baik?


Ada yang ambil pakej mahal untuk ke Tanah Suci. Setimpal dengan bayaran, dapat diam di hotel yang paling hampir dengan Masjidil Haram. Mudah untuk beribadah. Ada yang ambil pakej murah. Jauh untuk berulang-alik dari bilik hotel, jadinya lebih banyak berikhtikaf sahaja di Masjidil Haram. Yang manakah lebih baik?


Ada orang lebih suka membeli kereta keluaran terbaru. Alatganti masih mudah diperolehi, dan jarang berlaku kerosakan. Cuma perlu berbelanja lebih bayar ansuran setiap bulan. Ada yang suka kereta lama. Selenggara lebih murah katanya. Walau alatganti ada kalanya sukar diperolehi, namun tak perlu risau memikir bayaran bulanan. Yang mana lebih baik?


Jawapan yang betul adalah dengan melihat pada tujuan. Jika tujuan dapat dicapai dengan kos yang minima, itu lebih baik. Berbelanja lebih tidak salah, namun jangan pula sehingga menyusahkan poket sendiri dan orang lain. Berhemahlah berbelanja dalam apa jua....sekalipun kita ini adalah manusia paling kaya di dunia.

2 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page