top of page
Cari
Writer's pictureFaisal Abu Hassan

Usia yang berkurang?


Sering dikatakan apabila usia seseorang semakin bertambah, maka akan seharusnya kematangan dirinya juga bertambah. Kebolehan mengawal amarah, penilaian dalam memilih, pertimbangan dalam membuat sesuatu keputusan seharusnya lebih baik sesuai dengan usia yang bertambah.

Namun sering dilupa, bertambahnya usia juga bermaksud berkurangnya umur kita di dunia. Kita sebenarnya semakin menghampiri kematian sendiri yang tarikhnya tidak kita ketahui.


Dengan waktu yang tersisa ini, seharusnya dimanfaatkan untuk memperbaiki amal, berazam untuk jadi lebih baik dari waktu yang telahpun berlalu. Kerana ini adalah saat yang benar-benar penting dan kita tidak tahu berapa lama tempoh penting ini masih ada untuk dimanfaatkan.


Jadi janganlah disia-siakan waktu ini dengan alasan 'nanti dulu' atau 'belum sampai seru'.


Bimbang jika seru itu sampai pada waktu ajal kita telahpun menunggu...


******************

Gambar kereta saya yang dipandu Mama terlibat dalam kemalangan pada tahun 2011. Turut berada dalam kereta waktu itu ketiga-tiga adik saya. Hari yang tidak akan saya lupa kerana nyaris kehilangan mereka semua dalam kemalangan itu...

1 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page