Pernahkah kita fikir, mengapa berlaku situasi begini pada kita?
Sewaktu di sekolah dahulu kita dapat keputusan peperiksaan yang bagus namun tidak dapat tawaran ke mana-mana sedangkan ada rakan lain yang keputusan peperiksaan mereka lebih kurang sama namun menerima tawaran masuk ke MRSM dan sekolah berasrama penuh...?
Sewaktu di universiti dahulu kita yang dapat keputusan cemerlang setiap semester sukar mendapat tawaran pekerjaan sedangkan rakan lain yang keputusan mereka lebih kurang sama menerima bermacam tawaran pekerjaan...?
Sewaktu mula-mula dapat kerja, kita ditawarkan gaji permulaan yang rendah sedangkan rakan sekerja yang lain ada yang dapat gaji permulaan dua kali ganda dari kita...?
Itulah namanya REZEKI. Ketetapan Allah itu berbeza bagi setiap orang. Usahlah terlalu membandingkan, apatah lagi mempersoal atau menyesali rezeki yang telah Allah beri.
Lebihkan syukur dan yakinilah ketetapanNya.
Mungkin yang kurang di mata kita itu sebenarnya lebih baik di sisi Allah.
Sedarlah, dalam kebanyakan waktu syukur kita itu amatlah sedikit jika dibandingkan dengan segala 'rezeki' yang telah Allah kurniakan selama ini...
Comments