top of page
Cari
Writer's pictureFaisal Abu Hassan

Syawal Ke 4 : Orlando Singapura


Baju yang saya pakai dalam gambar ini asalnya kepunyaan ayah saya. Jenama Orlando. Beliau beli di Singapura sekitar tahun 1970an. Ketika itu beliau masih bujang, bertugas Kem Batu Kawah Kuching Sarawak. Setiap kali pulang ke kampung di Pulau Pinang, penerbangan beliau akan transit di Singapura.

Seingat ayah saya, baju itu dibeli bersama dua helai baju bercorak kotak juga namun warna berlainan. Sehelai diberikan kepada rakannya, Chang Foh Chai; berasal dari Kuching Sarawak. Anak tauke sparepart kereta di sana. Beliau rapat dengan ayah saya dan banyak ilmu mekanik yang ayah saya belajar darinya.


Adik lelaki saya pernah memakai baju ini beberapa tahun yang lalu namun mungkin kini tidak lagi muat dengannya. Jadi saya mewarisi baju ini. Alhamdulillah, memang padan. Hihi

0 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page