top of page

Selipar ke Neraka

  • Writer: Faisal Abu Hassan
    Faisal Abu Hassan
  • 31 Dis 2018
  • 1 min membaca

Selesai solat Jumaat tadi saya iqtikaf seketika. Sekadar berehat memandangkan cuaca di luar panas terik. Melihat jam di telefon bimbit, masih ada masa untuk saya berbuat demikian.



Bila masjid mula lengang, saya pun bingkas menuju ke pintu keluar. Kelihatan seorang lelaki tua berjubah putih tercari-cari seliparnya. Seliparnya pasti sudah hilang, kata saya dalam hati.



Sedang saya memakai selipar saya, saya pun buat-buat ramah bertanya; konon nak tolong carikan. Padahal saya yakin seliparnya pasti sudah dirembat orang.



"Selipar Pakcik serupa dengan yang ini. Tapi saiznya kecil sedikit. Yang ini besar".


Haji itu menunjuk ke arah sepasang selipar yang berada di atas lantai tidak jauh dari tempat dia berdiri. Ah, tertukar la tu.



"Apa kata Haji ambil sahaja selipar itu. Barangkali selipar Haji sudah tertukar dengan yang ini".



Saya mencadangkan kerana kasihan pada Haji ini yang berdiri di atas lantai panas berkaki ayam.



"Tak boleh. Selipar ini bukan Pakcik punya. Berdosa ambil hak orang lain. Tak apa la. Pakcik nak cari kat sana pula".



Haji tadi melangkah meninggalkan saya yang terdiam dengan jawapannya. Dia ke pintu masjid yang di belakang pula, mencari andai seliparnya berada di situ.

 
 
 

Comentarios


Post: Blog2_Post

+60199499965

Subscribe Form

Thanks for submitting!

©2018 by Tahiyyad Terakhir. Proudly created with Wix.com

bottom of page