Jika kita serahkan sesuatu pekerjaan atau tugasan kepada orang yang memang ahlinya (pakar), insyaAllah hasil kerja yang bakal diperolehi pastinya terbaik!
Bulan Disember 2017, enjin saya telah di 'overhaul' oleh Zordaq Motorsport Shah Alam. Waktu itu M Zaki M. Nor sarankan saya untuk buat coating dengan Wak Rejal. Jujur, saya kurang faham sangat peranan coating itu namun apabila Zaki yang sarankan, ditambah pula saranan itu kepada Wak Rejal maka saya setuju tanpa ragu.
10 Disember 2019 hari Selasa baru-baru ini setelah hampir dua tahun berlalu, saya pulang dari kerja dan tidak semena-mena enjin kereta saya mati sendiri. Enjin saya overheat. Apabila diperiksa, rupanya relay untuk fan radiator terbakar. Saya telefon Jaki Jipang dan dengan saranannya, saya swap sementara dengan relay yang terbakar itu dengan relay untuk hon. Masalah pun selesai untuk malam itu.
Hari Rabu, tengahari keesokannya sewaktu saya dan Mohd Khairi Bin Hashim dalam perjalanan ke Puchong, temperature naik dan saya terpaksa berhentikan kereta seketika di tepi jalan untuk sejukkan enjin. Selepas dihidupkan, enjin berfungsi seperti biasa hingga saya pulang kerja pada malam itu.
Dan pagi ini pula sewaktu saya hidupkan enjin pada waktu pagi, saya terperasan yang engine check light menyala. Saya matikan enjin dan memeriksa minyak enjin dan air radiator.
Rupa-rupanya air dalam radiator saya kering sama sekali sejak Selasa lalu!
Saya memang cuai kerana tidak memeriksa langsung air radiator setelah berkali-kali overheat. Selamba pula memandu meredah kesesakan jalanraya ibukota selama tiga hari dengan radiator yang telahpun kering.
Saya tambah air hampir satu liter dan memandu kereta ke bengkel di Cheras. Petang tadi sebelum pulang kerja, Mohammad Fitri, Khairi dan Azrul Shafiq Izwat bantu saya tambah lagi air radiator.
Saya hidupkan enjin dengan cap radiator terbuka sambil menunggu kipas radiator berpusing supaya saya dapat tambah air. Kebiasaannya mengambil masa 5-6 minit sahaja untuk kipas radiator mula berpusing (tempoh waktu sebelum enjin di overhaul dahulu)
Tapi kali ini kipas radiator saya berpusing hanya setelah 11 minit!
Saya tiada jawapan lain mengapa enjin kereta saya masih berfungsi dengan baik walau air dah kering; dan bagaimana enjin kekal sejuk lambat panas hingga perlu tunggu 11 minit untuk kipas radiator berpusing.
Alhamdulillah. Mujur saya ikut saranan Zaki untuk coating head dan piston enjin saya.
Jika anda mahu enjin anda tahan lasak seperti enjin saya, ada baiknya anda rujuk terus dengan Zaki dan Wak Rejal. Ini adalah rahsia air tangan mereka berdua.
Petang tadi dari Cheras memandu pulang ke rumah mertua di Kuala Selangor tanpa ada masalah apa-apa. Sempat juga la tekan hingga 190kmj di LATAR tadi.
Jangan salahkan saya memandu laju di situ. Salahkan orang yang menamakan lebuhraya tersebut...
...kerana nama LATAR tu dah dekat sangat bunyinya dengan dengan LITAR!
Comments