Alhamdulillah, dengan izin Allah kami bertemu kembali setelah bertahun masing-masing membawa diri. Saat kembali bersua, saya dipeluk erat mereka berdua. Allahu. Hati kami masih mesra.
Ada beberapa perkembangan diri masing-masing dikongsikan. Dan ada juga beberapa perancangan masa hadapan yang dibincangkan. Semuanya untuk satu tujuan. Hanya satu.
InsyaAllah, biarpun pertemuan ini singkat sahaja namun amat bermakna. Dapat bersemuka dan meluahkan apa yang terbuku didada, dan kini menanti untuk direncanakan bersama. Semoga Allah berkati niat dan usaha kita bertiga InsyaAllah.
Comments