top of page
Cari
Writer's pictureFaisal Abu Hassan

Rindu Dari Airport


Petang tadi isteri beritahu saya yang dia terlanggar kereta orang sewaktu mengundur Axianya. Tidak ada kerosakan serius pada kedua-dua kereta namun saya tetap risaukan dia. Isteri, kan...

Kami videocall melalui aplikasi Whatsapp, jadi dapat la anak-anak mendengar suara dan melihat wajah saya. Rindu saya terubat dengan telatah masing-masing berebut nak ceritakan pada saya bahawa ibu mereka telah melanggar kereta orang.


Tiba-tiba mood ceria anak lelaki saya berubah. Dia menangis dan dari kamera handphone isteri saya dapat lihat dia menarik tangan isteri saya sambil berkata kepada ibunya "Jom ambil Daddy!"


Allahu...dia rindukan saya...


Dia tahu saya tiada bersamanya. Dia tahu dia rasa rindu pada saya. Cuma yang dia tak tahu, saya terlalu jauh darinya sekarang.


Selama ini anak-anak menyangka saya bekerja di airport. Kerana di situlah setiap kali mereka menjemput dan menghantar saya. Jadi memang anggapan mudah anak-anak bahawa saya ini bekerja di airport. Itu yang saya diberitahu oleh isteri dan guru sekolah anak-anak saya.

Anak lelaki saya menarik tangan ibunya itu sebenarnya mengajak ke airport untuk ambil saya. Menangis-nangis apabila isteri saya enggan ikut kemahuannya. Isteri cuba memujuk dengan berkata "Nanti Daddy datang tapi bukan malam ini". Makin kuat tangis anak saya.


...dan saat itu airmata saya juga mengalir merindui mereka...


Inilah takdir Ilahi. Rezeki masing-masing berbeza, sesuai dengan keperluan. Syukur atas pemberian, redha dengan ketentuan, tabah hadapi ujian..mudah-mudahan...

1 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page