top of page
Cari

Reunion Perusuh

  • Writer: Faisal Abu Hassan
    Faisal Abu Hassan
  • 3 Mac 2019
  • 1 min membaca

Bagai tiada apa yang berubah biarpun sudah lama terpisah. Kami bertemu kembali dengan izin Ilahi. Pertemuan diatur seadanya, dan dapat juga kami berkumpul bersama.

Banyak yang kami bualkan, habis terimbas segala kenangan. Zaman nakal kami di asrama, zaman sambil lewa kami di dalam kelas, zaman segalanya dihadapi bersama jauh dari keluarga; yang suka mahupun duka.

Bertemu kami kerana Allah, berpisah kerana Allah dan dipertemukan kembali juga dengan Izin Allah. Dari sesi mengimbas kenangan lalu, hingga membawa ke sesi berkongsi pengalaman dan ilmu. Semuanya dicurahkan sehingga bagai tiada langsung yang disimpan. Beginilah kami, bersatu hati dari dahulu hingga kini. Saling menghulur tangan agar dihadapi bersama segala cabaran.

Kami telah berjanji andai umur panjang dan ada rezeki, kami mahu bertemu lagi seperti ini. InsyaAllah semoga Allah berkati persahabatan ini.



 
 
 

Comments


Post: Blog2_Post

+60199499965

Subscribe Form

Thanks for submitting!

©2018 by Tahiyyad Terakhir. Proudly created with Wix.com

bottom of page