top of page
Cari

Pukulan dari Seberang

  • Writer: Faisal Abu Hassan
    Faisal Abu Hassan
  • 5 Apr 2019
  • 1 min membaca

Saya ke klinik pagi ini. Bengkak di kaki belum pulih sepenuhnya. Usai diperiksa doktor, saya diminta tunggu di luar menanti giliran mengambil ubat. Di sebelah bangku saya, ada sepasang suami-isteri (barangkali) sedang menunggu giliran mereka mengambil ubat.

Jururawat di kaunter memanggil nama dan lelaki di sebelah bangku saya bangun dan berjalan ke kaunter. Orang seberang rupanya, telah saya apabila mendengar namanya dipanggil tadi. Jururawat memberi penerangan tentang cara penggunaan ubat-ubatan kepada lelaki tadi dan menyerahkan sekeping kertas kepadanya.

Jururawat : Ini MC awak ye


Lelaki Seberang : Maaf, saya tidak mahu MC. Saya mahu bekerja hari ini


Jururawat : Tapi doktor suruh rehat hari ni, kan? Awak perlu berehat


Lelaki Seberang : Saya berehat esok sahaja. Hari ini saya mahu bekerja. Hari ini hari Jumaat, hari barakah. Kalau saya tidak bekerja, saya rugi tiada pahala ibadah hari ini

Pasangan lelaki dan wanita itu berlalu keluar setelah mengambil ubat. Terpukul betul saya dengan kata-kata lelaki dari seberang itu.

Jujur, saya sebenarnya mengharapkan dapat MC hari ini dengan alasan kaki masih bengkak; walhal kerja saya tidak memerlukan saya banyak berjalan pun di pejabat. Bukan perlu berlari pun.

Apalah alasan saya hendak berehat-rehat di rumah sedangkan orang yang lebih sakit dari saya rela bekerja mengejar pahala ibadah pada hari penuh keberkatan ini...



 
 
 

Comments


Post: Blog2_Post

+60199499965

Subscribe Form

Thanks for submitting!

©2018 by Tahiyyad Terakhir. Proudly created with Wix.com

bottom of page