Orang yang berpuasa memang selalu diuji. Ujian pula bukan calang-calang saat berpuasa. Ujian yang biasa-biasa pada bulan lain dirasakan berat untuk ditempuhi dalam bulan Ramadhan ini.
Majoriti orang yang berpuasa akan diuji dengan rasa dahaga luar biasa, padahal pada bulan-bulan yang lain tidak pula rasa dahaga sebegini. Kalau bulan lain, ice blended cappunico karamel diminum hanya separuh aje terus dibuang, tapi dalam bulan Ramadhan air paip pula rasa sesedap sirap bandung.
Ada juga yang diuji dengan selera makan yang bukan-bukan. Kalau di bulan lain, makan boleh pilih-pilih. Tak habis, pinggan ditinggalkan. Tapi apabila berpuasa di bulan Ramadhan, nampak plastik jajan pun rasa nak kutip dan makan.
Tak kurang juga ada yang diuji dengan rasa marah. Mudah betul melenting walau pada hal-hal yang remeh. Pantang silap sedikit, terus bertukar jadi hijau. Faham la orang yang lapar ni memang sensitif walaupun dalam bulan-bulan yang lain, dia la orang yang paling cool.
Hari ni saya diuji. Baru masuk hari kedua Ramadhan, ujian berat telah menimpa saya. Allahu rabbi. Jika dalam bulan-bulan lain mudah sahaja saya lalui ujian sebegini tetapi bila masuk Ramadhan, ditambah pula isteri dan anak-anak jauh dari mata, saya akui memang berat untuk saya hadapi.
Bayangkan, seorang gadis cantik comel berbaju pink datang kepada anda dengan senyum manja sambil cuba suapkan aiskrim enak kepada anda, mampukah anda hadapi ujian ini? Sudah la anak-anak dan isteri jauh dari mata, sahur pula saya terlepas. Tekak pula terasa amat dahaga. Sememangnya saya menduga diri ini akan tewas.
Dalam saat-saat getir, tiba-tiba sahaja saya teringatkan isteri tercinta. Saya tatap gambar isteri yang saya jadikan wallpaper handphone. Saya beristigfar. Saya tersenyum.
Alhamdulillah, kekuatan kembali hadir dalam diri saya. Dengan gaya santai tapi macho, saya katakan "Maaf, sayang. Abang berpuasa" kepada gadis comel berbaju pink tersebut.
Alhamdulillah, terselamat puasa saya hari ini...
Comments