top of page
Cari

Projek Selfie Saya

  • Writer: Faisal Abu Hassan
    Faisal Abu Hassan
  • 11 Jan 2019
  • 1 min membaca

Di negara luar, ada yang buat projek sebegini berbelas tahun lamanya. Saya baru mula setahun, masih jauh. Itupun jika panjang umur.

Bermula tanpa sengaja, niat hanya untuk suka-suka. Tidak terfikir langsung akan dapat lengkapkan untuk 365 hari.

Namun apabila sesekali datang berita kematian di kalangan saudara, sahabat atau kenalan, pelbagai perkara buat saya berfikir dan berazam untuk teruskan. Alhamdulillah, ini hasilnya.

Sebahagian besar dari gambar-gambar ini jelas diambil pada hari bekerja; hari majoriti bagi setiap kita sebenarnya. Tidak banyak gambar saya di litar lumba mahupun di rumah bersama anak-anak sedangkan itulah kesukaan saya. Apakan daya.

Jika difikir kembali, benarlah saranan untuk kita niatkan agar kerja kita dikira sebagai ibadah setiap hari. Mudah-mudahan dibayar dengan ganjaran pahala Namun ibadah itu ada tertibnya. Jangan hanya berasa cukup dengan niat semata-mata.

Hasil kerja perlulah setimpal, datang kerja mestilah awal. Bila bekerja mestilah bersungguh, jangan hanya merungut dan mengeluh. Sambil bekerja perbanyakkan berzikir, jangan pula perkataan 'stress' yang paling kerap diucap dibibir.

Projek selfie ini saya teruskan untuk tahun 2019. Dan saya tukar format untuk tidak hanya bergambar sendirian tetapi bersama keluarga atau teman. Mudah-mudahan Allah panjangkan usia agar projek ini dapat disiapkan. InsyaAllah


Video YouTube saya di sini:




 
 
 

Comments


Post: Blog2_Post

+60199499965

Subscribe Form

Thanks for submitting!

©2018 by Tahiyyad Terakhir. Proudly created with Wix.com

bottom of page