top of page
Cari
Writer's pictureFaisal Abu Hassan

Pertaruhan dalam Perlumbaan


Dari segi bahasa, judi atau juga dikenali dalam bahasa Arab sebagai al-maisir atau al-qimar bererti permainan pertaruhan golongan Arab dengan menggunakan anak panah. Permainan judi juga ditakrifkan sebagai permainan dengan anak batu atau dengan dadu atau segala jenis pertaruhan.

Dari segi istilah, terdapat beberapa takrifan yang dikemukakan oleh para ulama; antaranya:

- Ibn Hajar al-Makki berpendapat judi merujuk kepada sebarang jenis pertaruhan.

- Al-Mahalli mengatakan judi ialah sebuah bentuk pertaruhan yang diharamkan yang terdedah untuk menang atau kalah.

- Al-Mawardi mengatakan judi ialah suatu pertandingan yang menjadikan pihak yang terlibat tidak terlepas daripada menjadi pemenang (mengambil) atau tewas (menyerahkan) hadiah yang dipertaruhkan.

- Ibn Qudamah pula mengatakan judi ialah pertandingan yang tidak sunyi salah satu daripada keduanya untuk menang atau kalah.

- Bagi Ibn Taimiyyah, judi merupakan pengambilan sebahagian daripada harta seseorang, kemudian dipertaruhkan sama ada seorang itu mendapat hasil atau tidak mendapat apa-apa.

- Ibn Qayyim pula berpandangan judi adalah suatu situasi di mana salah seorang daripada keduanya untuk menang ataupun kalah.



- Imam Malik pula berpandangan judi terdiri daripada 2 jenis:

1) Judi yang bersifat sia-sia (lagha) seperti permainan yang menggunakan buah dadu, catur dan sebarang elemen hiburan yang tidak bermanfaat.

2) Judi yang bersifat pertaruhan ialah apa-apa yang membahaya atau mengadaikan diri orang lain.

Setelah membentangkan takrifan judi yang dikemukakan oleh para ulama, maka dapat kita fahami bahawa judi ialah satu permainan yang mengandungi pertaruhan daripada pihak bertanding di mana ia mengakibatkan kemenangan pada sebelah pihak manakala pihak yang lain mengalami kerugian.

(Dipetik dari irsyad fatwa Mufti Wilayah Persekutuan)


*gambar sekadar hiasan dan kenangan

0 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Commentaires


Post: Blog2_Post
bottom of page