Jumaat, pukul 6.00 pagi.
Saya terjaga dari tidur setelah dikejutkan oleh bunyi penggera dari telefon bimbit. Usai berwudhuk, saya capai sejadah. Tidak pasti mengapa saya rasa seperti mahu dirikan solat di bilik yang jarang saya guna; bilik yang saya jadikan setor menyimpan barang-barang. Kebiasaannya saya hanya solat dalam bilik tidur sahaja.
Bilik itu selalu berkunci kerana jarang digunakan. Setelah dibuka pintu bilik itu, spontan mulut saya memberi salam:
"Assalamualaikum"
...dan salam saya itu dijawab suara yang lembut dan perlahan seakan berbisik. Suara seorang perempuan muda.
"Waalaikumussalam"
Menggeletar tubuh saya dan tidak semena-mena saya menumbuk dinding di kanan saya sekuat hati. Reaksi spontan saya apabila datang rasa takut; sengaja mencipta marah bagi selindung rasa takut. Sakit ditangan tidak dirasakan lagi. Mata meliar mencari andai ada susuk tubuh dalam kegelapan. Saya buka suis lampu dan merenung ke arah sudut yang datangnya suara perempuan itu. Lama saya merenung sebelum saya bentang sejadah dan dirikan solat subuh.
Subuh kali ini ringkas bacaan surah, ringkas wirid dan bacaan doa. Pagi ini antara pagi yang awal saya keluar rumah menuju ke tempat kerja. Allahu. Mungkin Allah hendak menduga.
***********
Jumaat, pukul 11.57 malam
Masih di pejabat dan sedang bersiap-siap untuk pulang berehat. Saya shutdown komputer dan matikan suis lampu lalu menuju ke pintu keluar melewati kawasan pantry.
Dan di situlah saya terdengar suara perbualan seorang wanita. Ceria nada suaranya berbual. Saya memandang keliling. Kosong!
Allahu. Apalah yang hendak diduga ke atas saya yang lemah ni.
Say
a cepat-cepat menuju ke pintu keluar sebelum terperasan, tv di pantry tidak ditutup. Rupanya suara itu dari drama tv. Alahai...
**********
Sabtu, 1.05 pagi.
Masih belum sampai ke rumah. Lepak di sini sambil menikmati roti canai kuah kari ikan. Dah rasa mengantuk nanti barulah nak pulang. Dengan harapan terus tertidur tanpa pedulikan siapapun yang datang nak meneman...
Comments