top of page
Cari
Writer's pictureFaisal Abu Hassan

Nama Kami Mohd Faisal Bin Abu Hassan


Ini sahabat saya, namanya Mohd Faisal Bin Abu Hassan.



Ya, saya tak salah taip. Ejaan nama kami berdua memang sama hatta nama ayah pun sama!



Kami menjadi kawan bermula di Facebook sejak tahun 2009. Waktu itu kami tidak ada mutual friend pun. Saya sengaja search nama saya sendiri dan tidak menyangka ada orang lain yang nama sama seperti saya. Terus saya add dan kamipun berkawan hingga kini.



Hari ini kami bertemu setelah beberapa tahun tidak berjumpa. Ini merupakan pertemuan kedua kami sebenarnya. Bukan mudah nak atur temujanji kerana komitmen kerja kami berbeza. Awalnya bercadang untuk makan tengahari bersama namun ditunda berjumpa selepas waktu bekerja.



Rakannya bernama Fendi yang datang bersama turut tidak percaya pada mulanya. Malah berkali-kali juga dia menbaca nama di business card saya. Kagum kerana perkara begini amat jarang berlaku katanya.



Kami tidak berbual lama kerana Faisal dan Fendi masih ada urusan. Tetapi sebelum berpisah kami berjanji akan atur pertemuan lagi di masa hadapan. InsyaAllah. Semoga dipermudahkan

2 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page