top of page
Cari
Writer's pictureFaisal Abu Hassan

Mutan sudah lama wujud

Imbas kembali saat mengambil isteri dan anak-anak di bandara minggu lalu. Sengaja saya menolak troli ke parkir mengikut laluan jauh. Anak-anak dibiar duduk atas bagasi di atas troli dan saya biarkan isteri ikut melangkah di belakang kami.

"Tadi makan apa? Berapa lama flight delay? Ramai ke orang terbang ke Kuala Lumpur"

Bertubi-tubi soalan saya tanyakan kepada isteri untuk dia jawab. Biar dia leka menjawab soalan. Biar dia tidak nampak papan iklan yang sengaja saya mahu elakkan dari dia lihat.

Dalam leka dia menjawab, tiba-tiba suaranya hilang. Senyap. Saya menoleh ke belakang. Ah sudah! Isteriku hilang!

Saya lajukan langkah menolak troli, saya dapat agak ke mana isteri saya pergi. "Jangan la dia ada di sana" sambil saya berdoa dalam hati.

Sah! Memang dia ada di kedai itu sedang membelek kasut satu per satu.

Menyedari kehadiran saya dan anak-anak, dia menoleh riang sambil berkata "Bang, sandel saya ni dah buruk la. Nak beli yang ini ye. Tengah ada offer ni"

Saya tidak tahu bagaimana untuk jelaskan perkara ini namun saya yakin, isteri saya seorang mutan. Special ability beliau bukan kuku besi keluar dari buku lima, bukan terpancar cahaya laser dari mata mahupun mampu gerakkan objek besi dengan kuasa minda.

Tetapi isteri saya dapat menghidu bau kedai kasut yang sedang buat jualan harga istimewa walaupun kedai itu jauh dari matanya.

Bro redha...



6 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page