Dari pagi tadi pergi ke Tesco, kemudian ke kedai tayar buat alignment hingga la ke kedai gunting rambut, ada sahaja brader-brader tidak dikenali yang senyum dan menegur tshirt yang saya pakai.
Yang di kedai gunting rambut tu paling lama kami berborak. Dari cerita pasal band, album dan lagu hingga la ke tuning gitar dan music arrangement. Tidak lupa juga bercerita khabar artis-artis dunia muzik berat tempatan ni. Ada yang jadi tabligh, ada yang masih aktif dan ada yang sudahpun kembali ke pangkuan Ilahi.
Allahu, dah lama dunia itu ditinggalkan namun apabila disebut kembali, semua kenangan zaman itu bagai semalam berlaku.
Tadi sempat la jugak layan sekejap lagu di Youtube: My Oath For Thee
Comments