Gambar ini diambil menggunakan kamera telefon bimbit jenama Nokia model E71 pada Mei 2009. Gambar diambil selepas waktu subuh dari tingkap hotel yang saya dan keluarga diami.
Sebelum ke sana saya sempat hubungi sahabat saya Md Rokuhs dan berjumpa dengan Nuzul Muhammad Al Amin. Keduanya memberitahu saya bahawa saya akan rindu pada Tanah Suci ini dan tiada kerinduan yang setanding dengannya.
Benar, saya amat rindukan Tanah Suci ini sampai terbawa dalam mimpi. Rindu pada tempat ini begitu istimewa kerana di sinilah bersemadinya jasad Rasulullah SAW.
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
댓글