Buat rakan-rakan yang ada masalah yang hendak dikongsikan atau yang ada keluh-kesah yang hendak diluahkan:
Berhentilah menaip masalah dan berkongsi keluh-kesah anda di media sosial. Kerana belum tentu yang membaca itu bersimpati dengan anda.
Luahkan pada ibu anda. Percayalah, walaupun ibu anda tidak bekerja hebat seperti anda, walaupun dia tidak berpelajaran tinggi, walaupun dia tidak mampu membantu selesaikan masalah anda, dia masih sudi dengar keluh-kesah dari anaknya.
Dia akan tetap setia mendengar cerita dari kita biarpun kita ini sudah berkahwin, biarpun anak-anak kita sendiri sudah meningkat remaja, biarpun kita sudahpun tua. Pada matanya, kita tetap anak dia. Dia pasti sudi mendengar apa sahaja luahan hati kita.
Terima kasih ibuku, mamaku Norfaziah Mohd Shah kerana sudi mendengar keluh kesah dari anak ini sebentar tadi. Fais sayang Mama~
*Buat mereka yang ibu masih hidup: Bilakah kali terakhir anda berbual-bual dengan ibu anda sendiri?
コメント