top of page
Cari
Writer's pictureFaisal Abu Hassan

[Lelaki Semuanya Sama Agaknya]

Kalau tak silap saya, peristiwa itu berlaku pada tahun 2003 di kampus lama UNIMAS.



Saya sedang menunggang motorsikal milik Faez Nakaius. Saya pinjam darinya untuk ke padang futsal. Dalam perjalanan itu, sebuah kereta Perodua Kancil memotong saya lalu membelok ke kiri. Saya terpaksa membrek dan mengelak dari berlanggar, lalu terjatuh dan berdarah pada siku saya. Pemandu kereta itu mungkin menyedari yang saya terjatuh kerana dia memberhentikan keretanya tidak jauh dari situ.



Saya lantas berdiri dan berlari ke arah kereta tersebut. Dalam keadaan begitu marah, saya tumbuk bumbung kancil itu dan menjerkah dengan bengis, "Keluar kau dari kereta ini!"



Pemandu kereta itu tidak keluar, sebaliknya menurunkan cermin pintu. Dan terlihat seorang gadis comel memandang ke arah saya dengan riak wajah cemas...tapi masih comel.



Hilang rasa marah dan bengis saya. Lalu dengan suara lembut, saya bertanya padanya: "Awak okay ke? Awak tak apa-apa?"



Gadis comel ini berkali-kali meminta maaf pada saya. "Maaf ye awak, awak marah saya. Maaf ye tangan awak berdarah. Maaf saya tak perasan awak tadi"



"Eh, saya tak marahkan awak la. Salah saya sebenarnya tu tak tengok awak datang dari belakang, takkan la saya nak marah awak pula. Luka ini kecil aje. Tak ada apa pun" jawab saya padanya sambil tersengih malu-malu.



Tidak lama selepas beberapa kali dia meminta maaf dan entah berapa kali saya menyalahkan diri saya sendiri sambil tersipu malu, dia pun minta izin untuk teruskan perjalanan. Dan saya hanya melihat dia memandu pergi hilang dari pandangan.



Saya pun angkat motorsikal, terus ke padang futsal. Di sana, kawan-kawan bertanya mengapa siku saya berdarah, mengapa motor calar.



Saya cuma jawab, "Aku jatuh kat selekoh sana tadi sebab ada pasir."



*********************


Setiap kali menonton babak dari filem 200 Pounds Beauty ini, pasti saya tersenyum sendiri mengenangkan peristiwa petang itu.



"Aku pun sama aje macam lelaki teksi tu", kata saya pada diri sendiri




11 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page