Isteri saya yang beria-ia nak Elsa masuk pertandingan ni. Dipujuknya anak-anak dan saya untuk bangun awal dan bersiap. Mengeluh jugak saya bila disuruh cepat. Bukan hal penting sangat. Sekadar kids fun day aje, sungut saya.
Lagipun saya tahu Elsa tak minat benda-benda macam ni. Masa nak pakaikan kostum ni pun dia dah tak ada mood. Inikan pula nak suruh dia naik ke atas pentas nanti.
Tetapi setibanya kami di sana apabila dia nampak kanak-kanak lain berpakaian kustom, mood Elsa berubah. Bila dipanggil naik ke atas pentas, laju aje dia pergi. Apabila juru acara tanyakan namanya, dia menjawab. Tapi soalan-soalan lain dia diam. Masih malu-malu. Itu la anak saya.
Jadi la, Elsa. Dapat la jugak hadiah. Daddy tetap bangga. Dan saya tak lupa memuji isteri, kerana dia berani beri pendedahan begini pada anak sulung kami pada usia yang masih awal.
Benarlah kata-kata ini:
Jangan sangsi dengan keputusan si isteri kerana kita (suami) juga salah satu dari 'keputusannya'. Hehe
Superhero Custome Contest 2017 Kids Halloween Fun Day Organized by KFC Paragon Bintulu
Comments