top of page
Cari
Writer's pictureFaisal Abu Hassan

Kawtim yang Gagal?


Saya mula berkecimpung dalam sukan permotoran grassroot pada tahun 2013 dan pada tahun 2014 saya dipelawa menyertai Daris Racing Teamsebagai pemandu kedua jentera Persona Daris Danial. Podium pertama kami diperolehi di litar MIMC dalam acara Generation-X 1Hour Endurance dan kami podium kali kedua di litar Dato Sagor pula dalam format perlumbaan yang sama (endurance); kedua-duanya dalam tahun 2015. Sejak dari itu saya rapat dengan Daris dan sering bertukar pendapat dalam pelbagai perkara berkaitan jentera dan perlumbaan.

Saya pernah berkongsi keluhan dengan Daris tentang isteri saya yang kurang menyokong minat saya pada waktu itu. Sayapun bertanya pendapat Daris untuk saya dan isteri berkunjung ke rumahnya supaya isteri kami dapat berkenalan antara satu sama lain. Dengan harapan agar isteri saya mendapat pandangan terus dari isteri Daris sebagai isteri kepada pelumba, memahami dan menyokong minat suami masing-masing dalam sukan permotoran. Daris bersetuju dan kami pun aturkan pertemuan di rumahnya.

Waktu pertama kali isteri saya bertemu isteri Daris, mereka sudah nampak mesra. Sengaja saya dan Daris berbual di luar rumah meninggalkan isteri kami berbual di ruang tamu. Waktu tu saya memang gembira bukan kepalang, berjaya jugak idea geliga kami mengubah persepsi isteri saya dengan 'bantuan' dari isterinya. Sejam jugak la pertemuan itu sebelum saya dan isteri minta izin untuk pulang.

Dalam kereta sewaktu pulang dari rumah Daris, sayapun berbual dengan isteri.

Saya : Jadi, macam mana? Apa yang dibualkan dengan isteri Daris tadi? Mesti dia sokong penuh minat si Daris tu kan? Macam tu la isteri kepada seorang pelumba.

Isteri : Ala, isteri Daris pun tak minat sangat Daris berlumba. Dia pun komplen rumah asyik penuh dengan barang-barang kereta aje. Sama aje macam rumah kita tu penuh dengan barang-barang kereta abang aje.

Muka saya bertukar biru. Berkali-kali saya tepuk dahi....

Alahai, Daris....Kenapa la ko tak kawtim dengan bini kau dulu 😂

*Nota: Ini cerita dahulu. Sekarang isteri-isteri kami dah support sepenuhnya minat kami 😁

0 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page