Bila kita dilanda ujian, kesulitan, kesusahan, maka kepada siapa kita mohon pertolongan?
Tawakkal kepada Allah, dengan harapan diberi kekuatan untuk lalui saat susah itu dan semoga didatangkan bantuan dari keluarga, rakan-rakan atau kenalan. Biasanya begitulah yang kebanyakan kita akan buat.
Ada seorang hamba Allah ini kerap menasihati saya; jika datang sahaja saat sulit maka jangan berlengah. Buka tafsir Quran dan baca. Secara rawak, bukalah mana-mana mukasurat, surah mahupun ayat. Dan yakinilah bahawa jawapan bagi kesulitan kita itu sebenarnya ada pada mukasurat atau ayat yang kita pilih secara rawak itu.
Syarat untuk berbuat demikian adalah : YAKIN
Yakin bahawa jawapan yang kita cari ada di situ.
Yakin bahawa akan datang ilham untuk kita keluar dari saat sulit yang sedang kita lalui.
Saya bukan ustaz. Solat saya pun masih 'berlubang' namun sesekali apabila datang peringatan begini, saya ambil serius dan saya tanam sedalam-dalam keyakinan pada ayat-ayat Allah.
InsyaAllah, belum pernah ayat-ayat dalam Al-Quran mengecewakan sesiapa.
Comments