top of page
Cari
Writer's pictureFaisal Abu Hassan

Jangan Kecewakan Peminta Sedekah


Saya ada seorang sahabat yang mudah dapat kerja walaupun tidak punya kelulusan yang tinggi. Kalau hari ni dia berhenti kerja, insyaAllah esok dia akan mulakan kerja di tempat lain. Kemahiran dia pelbagai. Mampu jadi tukang masak, mekanik kereta, jurujual mahupun mengajar muzik!



Mungkin ramai menelah, itulah punca dia mudah diterima bekerja. Namun pada saya, ini berkait rapat dengan amalan sedekah!



Benar. Dia tidak akan kecewakan peminta sedekah!



Selama saya mengenalinya sejak 2008, tidak pernah sekalipun di hadapan saya dia kecewakan peminta sedekah biarpun nilai sedekah itu hanya beberapa sen. Kalau ada banyak, dia akan beri beberapa keping wang kertas.



Walaupun saya pernah katakan padanya, mungkin ada antara peminta sedekah ini sebenarnya sindiket penipuan, namun dengan tegas dia nyatakan bahawa jika benar sekalipun peminta sedekah itu menipu, maka tiada apa yang perlu dia risaukan bahkan beruntung pula kerana mendapat dua pahala: pahala bersedekah dan pahala ditipu.

Saya yakin itulah asbab Allah sentiasa murahkan rezekinya.



*******************

Ada waktunya kita sangsi dengan orang yang menghulur fail dan dokumen berisi gambar dan nama madrasah atau institusi tertentu. Memohon bantuan kononnya untuk pembinaan masjid, sekolah agama dan asrama anak-anak yatim.



Saya sendiri skeptikal. Tetapi sahabat saya ini tidak begitu. Sedekahnya tanpa banyak soal, tanpa ragu-ragu. Tidak teragak-agak menarik keluar sebarang wang kertas dari saku untuk disedekahkan.



Bab ini sukar untuk saya ikuti, apatah lagi jika yang meminta itu pelajar berusia belasan tahun dari pusat tahfiz 'terkenal' bertempat di utara tanahair. Lemahnya saya.

4 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page