Ini bukan lukisan pertama Elsa namun lukisan ini sangat bermakna buat saya dan isteri kerana lukisan ini punya cerita. Lukisan ini menceritakan bagaimana si Ibu Katak mengajar anak-anak katak di dalam kelas untuk katak.
Itulah imaginasi Elsa. Kemahiran melukisnya diasah di studio tempat dia belajar melukis. Jujur, sewaktu isteri mula-mula bercadang menghantar Elsa ke studio ini, saya ragu-ragu kerana memikirkan usia Elsa yang masih muda dan hasil lukisan Elsa sewaktu di rumah tidaklah seberapa. Risau membazir pula hantar ke kelas seni andai Elsa sebenarnya tidak berseni, telah saya waktu itu dalam hati.
Namun sepertimana dalam kebanyakan waktu, keputusan isteri saya selalunya tepat! Elsa sebenarnya punya bakat. Itu yang diberitahu guru yang mengajar di studio ini.
Teruskan melukis ye, Elsa.
sumber asal gambar : MY Art Studio, Bintulu Sentral (official Facebook page)
Comments