top of page
Cari
Writer's pictureFaisal Abu Hassan

Born to Race


Hari ini hari terakhir bercuti sempena meraikan aidilfitri. Esok akan kembali bertugas di pejabat biarpun Syawal masih ada lagi. Baru sahaja tadi menghantar isteri dan anak-anak di bandara, bermulalah hati menghitung hari dan detik untuk bertemu kembali.


Badan 'makin bersemangat' namun hati pula liat nak ke pejabat. Masih rindu lemang, kuih raya dan ketupat. Diet? Lupakan. Memang tak perlu lagi ditimbang berat apabila tangan laju menggapai apa jua, makan macam tak ingat akhirat.


Tetapi tempat ini memang tidak dilupa. Bahkan sebelum menjelang hari raya lagi kalendar dibelek berkali-kali melihat tarikh berlumba. Sangap, rindu pada bingit, pada bau petrol, pada jeritan tayar, rindu pada semua.


InsyaAllah akan beraksi lagi pada pusingan ketiga MSF2018 nanti bersama Syed Dzulkarnain dengan jentera BLM beliau. Juga bersama adik-beradik, Fahmi dan Faisal dengan Saga mereka. Akan ada juga penampilan pelumba MSF terbaru dari Daris Racing Team.


We are not born just to go to work, pay bills and die. We are born to race as well.

1 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page