top of page
Cari
Writer's pictureFaisal Abu Hassan

Bagai Menghitung Detik Akhir

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk bertemu hari Jumaat. penghulu segala hari. Kita diberi peluang untuk menempuh bulan baru meninggalkan Januari dan Februari. Semoga dua bulan yang telah berlalu tahun ini memberi manfaat kepada kita.

Pada mulanya, saya buat projek ini sekadar suka-suka. Setiap hari mengambil gambar sendiri, tidak terasa beban melakukannya. Sekadar menuntut komitmen yang kecil. Namun setelah meneliti gambar dari sehari demi sehari, terdetik dalam hati saya: Apakah saya akan panjang umur untuk teruskan projek hingga akhir tahun ini? Apakah gambar hari ini akan menjadi gambar terakhir saya di dunia ini?

Teringat saya pada seorang sahabat di Facebook yang berkongsi gambar terakhir arwah ayah beliau makan bersamanya. Ditulis bait-bait kata rindu pada arwah. Sayu membaca luahan rindu seorang anak kepada ayah yang sudah tiada. Saya pasti, jika beliau tahu itu akan jadi waktu terakhir, pasti pelbagai perkara yang akan dilakukan bersama ayahnya. Dan pasti akan ada lebih banyak gambar mereka berdua.

Itulah juga yang saya rasa setiap hari apabila bergambar dengan rakan-rakan dan keluarga. Seboleh mungkin saya abadikan kenangan dalam bentuk projek ini. Kerana pada bila-bila masa sahaja kematian boleh datang menjemput kita.

Tahun ini saya berazam untuk bergambar dengan semua kenalan di Facebook. Ini salah satu dari "My 100 Things To Do in 2019". Mudah-mudahan tercapai azam ini.

InsyaAllah~




3 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page