Itulah saya sewaktu berumur satu tahun, berdiri di atas kereta Toyota Corolla KE30 sambil dipegang papa saya Abu Hassan Abu Bakar. Gambar ini diambil oleh mama saya Norfaziah Mohd Shah yang mengandungkan adik Syasya Syazana saya waktu itu. Kereta KE30 tersebut adalah kereta pertama ayah saya. Dia meminati kereta keluaran Negara Jepun itu namun beberapa tahun selepas gambar ini diambil, dia menukar kereta (trade-in) ke kereta Nissan March. Tetap memilih kereta dari Jepun.
Pada tahun 2012, saya membeli sebuah KE30 untuk ayah saya. Kereta dibeli dari VeeYew Cheong. Gambar sebelah kiri-atas itu diambil pada hari kedua kereta ini dibeli. Sangat berpuas hati kerana kereta masih dalam keadaan ori.
Pada tahun 2014, keluarga saya berpindah dari Klang ke Kerteh. Alhamdulillah, kereta ini boleh dipandu tanpa masalah. Kerap kali kereta ini jadi perhatian kerana warna merah dan jalur putihnya yang menyerlah. Jalur putih itu adalah sticker yang dilekat oleh sahabat saya di Dungun MatJang Sticker. Dari warna cat putih asal, kereta ini bukan sahaja ditukar warna malah kerja baikpulih 'body' juga dibuat dan memakan masa setahun. Apabila tiba di Kerteh, saya bawa ke Saiful Ekzos untuk buat piping ekzos. Lain-lain bahagian masih dikekalkan yang asal.
Rasanya ini adalah gambar terakhir kereta ini dalam keadaan baik. Setelah 3 tahun di Kerteh, cat mula pudar dan beberapa bahagian mulai berkarat. Kata beberapa rakan termasuk Payein Bobok, ini kerana rumah kami dekat dengan pantai, udara masin dari lautan memudahkan karat berlaku. Wallahua'lam.
Saya sayang kereta ini cuma buat masa ini masih belum ada rezeki hendak memperbaikinya kembali. InsyaAllah mudah-mudahan 2019 saya boleh usahakan sesuatu untuk kereta ayah saya ini.
Comments