top of page

Arahan Pit Mimpi

  • Writer: Faisal Abu Hassan
    Faisal Abu Hassan
  • 31 Dis 2018
  • 1 min membaca

Waktu tu saya dah clear T7 & T8 dan sedang menuju T9 apabila saya dengar suara dari earpiece mengarahkan saya masuk pit. Saya pandang sekitar, tiada sebarang bendera dikibar. Saya clear T9 sambil curi-curi pandang semua gauge. Tak nampak apa-apa yang luar biasa. Jentera dalam keadaan sangat baik, jadi mengapa saya disuruh masuk pit?


Apabila sampai di T14, sekali lagi saya diarahkan masuk pit. Saya tidak puas hati kerana tidak dijelaskan mengapa saya perlu berbuat demikian. Mula hadir ingin memberontak, saya clear T15 tanpa pedulikan arahan dari Pit. Terus meluncur laju menuju T1.


Sekali lagi saya diarahkan ke Pit, dengan suara yang lebih tegas dari tadi. Cuma kali ini arahan agak pelik. Saya cuba tidak menghiraukan tetapi saya terganggu. Saya kenal suara ini.


Suara anak perempuan saya, Elsa!

"Daddy, jom la tidur dalam bilik dengan Mommy!"

Saya terjaga. Rupa-rupanya saya tertidur di tepi sofa hadapan tv.


Masih terbawa-bawa hingga ke hari ini...

 
 
 

Comments


Post: Blog2_Post

+60199499965

Subscribe Form

Thanks for submitting!

©2018 by Tahiyyad Terakhir. Proudly created with Wix.com

bottom of page