top of page
Cari
Writer's pictureFaisal Abu Hassan

Apa Yang Hendak Dimuhasabahkan?


Acapkali kita mendengar istilah 'muhasabah diri' dan biasanya disarankan dibuat sebelum kita tidur. Pernahkah kita bertanya mengapa kita perlu muhasabah? Dan mengapa muhasabah dibuat sebelum tidur?



Muhasabah adalah satu cara kita menilai diri, menghitung perbuatan kita sepanjang hari. Menilai hubungan kita dengan Allah dan hubungan sesama makhluk. Dan tidak terhad kepada amal ibadah mahupun dosa yang dilakukan semata-mata.



Kita perlu muhasabah bagaimana kita respon kepada ujian Allah. Apakah kita redha dan bersyukur, atau kita lebih kuat merintih kesal sambil mempertikai kenapa kita diuji, sampai bila kita harus diuji?



Ingat! Biarpun terasa berat dan merasakan diri tiada upaya menahan ujian, biarpun hati kita tidak mahu, namun Allah Maha Mengetahui bahawa kita harus diuji!



Firman Allah SWT:


“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka. Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

(Surah Al-Ankabut, Ayat 2 dan 3)



Maka bertenanglah duhai hati saat ujianNya bertandang. Muhasabahlah, kita sebenarnya diberi peluang untuk meneliti kembali bagaimana kita jaga hubungan Allah selama ini. Dan telitilah juga bagaimana hubungan kita sesama manusia.



Barangkali ujian demi ujian yang datang silih berganti selama ini adalah kerana kita tidak menjaga hubungan dengan Allah ataupun kita tidak jaga hubungan kita sesama makhluk Allah.



Jangan mudah salahkan orang lain atas sesuatu perkara yang menimpa diri kita kerana jika sepanjang masa kita hanya mencari salah dan silap orang lain, maka apa yang hendak kita muhasabah sebelum kita pejamkan mata?



Wallahua'lam~

9 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page