top of page
Cari
Writer's pictureFaisal Abu Hassan

Anak Saya Mutant

Pernah ada seorang rakan sekerja saya bertanya, kenapa jarang bercerita tentang anak kedua? Kalau di Facebook pun, banyak gambar dan posting tentang anak pertama sahaja.

Pagi ini saya akan cerita tentang anak kedua saya; Muhammad Fahri namanya. Baru berusia empat tahun dan setakat ini dialah satu-satunya anak lelaki saya.

Dilahirkan di Kuantan, Pahang namun membesar di Negeri Sarawak tanpa saya tiga tahun lamanya. Waktu itu isteri bertugas di sana sambil menjaga Fahri dan Elsa; dan saya hanya dapat berjumpa mereka sebulan sekali sahaja.

Lantaran itu banyak yang saya tidak tahu tentang diri Fahri. Walaupun kami rapat namun dirinya penuh misteri. Tingkahlaku Fahri berbeza dari kakaknya, namun saya sedapkan hati dengan berkata "manakan sama anak perempuan dengan anak lelaki".

Setelah isteri berpindah semula ke Semenanjung, makin kerap saya jumpa Elsa dan Fahri. Namun perbezaan diri Fahri langsung tidak saya sedari, hinggalah guru taskanya memberitahu isteri. Fahri kerap menyendiri. Gurunya mencadangkan jumpa pakar, Fahri perlukan terapi.

Kini saya semakin faham 'misteri' anak saya. Tiada kekurangan apa-apa di mata saya, cuma Fahri itu istimewa. Jika dilihat secara kasar, Fahri sama sahaja seperti kanak-kanak lain yang sebaya, namun siapa yang menyangka rupanya Fahri berbeza.

Dan saya tidak pernah menganggap itu kekurangan, sebaliknya Itulah kelebihan anugerah dari tuhan. Saya cuma manusia biasa namun anak saya, Fahri...dia seorang mutant!



4 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comentarios


Post: Blog2_Post
bottom of page